Saturday, February 26, 2011

Pontianak, Kuntilanak, Nang Nak dan macam macam nak

gambar hantu pocong
sumber harian metro



Kebelakangan ni demam pontianak, kuntilanak, nang nak dan bermacam macam nak semakin hebat di layar perak mahupun di fikiran rakyat malaysia. Emmm napa saya nak discuss perkara ni memandangkan kita semua memang suka tgk cerita hantu termasuk le hantu kak limah balik rumah. Ha ha ha ha mmg kelakar cerita tu .

Actually kalau tengok cerita seram ni ok tapi kadang kadang sebagai orang islam kita kena tau bahawasanya Allah S.W.T itu  Maha Berkuasa. Maka kadang2 kita kena le tolak ketepi benda benda tahyul macam hantu tu le hantu ni le . Bukan apa,syaitan dan jin ni sememangnya wujud jadi hantu ni adalah jelmaan semata mata.

Kadang2 bila kita berborak ramai2 kita suka cerita pengalaman kena kacau le , atau member kena kacau le. memang seronok, tapi yg jenis lemah semangat elok je le tak payah dengar. Kita kan selalu di uji maka gangguan dan usikan dari syaitan dan jin ni memang berlaku di mana mana. Tawakkal je la.


Otak kita ni kalau selalu didedahkan dgn sesuatu perkara, akhirnya kita akan obses. sebagai contoh kalau kita byk sangat tgk cerita unsur ganas tak mustahil kita akan jadi ganas juga. Kerana pengaruh tv dan filem kuat mempengaruhi otak kita. Bayangkan le kalau hari hari tgk cerita hantu, bila tinggal sorang sorang kat rumah mula le terfikir ada hantu tgh merangkak macam ju on kat rumah kita. Ha ha ha  kan dah susah nak buat kerja. Especially drive kereta sorang sorang waktu malam, mula le terfikir yg bukan2. Ha ha ha ha kena pulak  lalu kawasan kubur , ha ha ha lagi le meremang bulu roma.

I dulu pernah lalui pengalaman fobia, masa tu pergi jakarta sorang2 atas urusan rasmi, tengah baring2 kat bilik hotel bukak le tv, kena pulak mas tu cerita sundal bolong lakonan suzanna ,ratu filem hantu terkenal indonesia, Sudahnya satu malam nak tido asyik teringat adegan kat filem tu, ha ha ha  a itu le penangan kalau tgk cerita hantu, so kalau nak tgk tu berpada pada le , kalau lemah semangat baik kurangkan le ya, itu semua terpulang kepada anda.

So salam, adios, nyeh nyeh nyeh dan kum kum kum

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...