Monday, February 7, 2011

Harga Barang Asyik Yang Naik Untuk Kita Yang Naik ialah Naik Angin Je

price increase cartoons, price increase cartoon, price increase picture, price increase pictures, price increase image, price increase images, price increase illustration, price increase illustrations

Dalam keadaan sekarang , kos sara hidup memang mencabar, Segala galanya naik, bayangkan le kalau minyak petrol naik je takpe le juga ini semua naik. Sebut je le apa barang semua naik, yang kita dapat naik angin je le. He He.

Actually topic ni memang dah biasa orang dengar. Tapi i nak just hangatkan topic ni. Masa seminggu lepas i berkesempatan balik kg. Sepupu kahwin so nak jadi cita terperangkap le kat highway air naik, hujan lebat betul. So berenti le makan tengahari sementara nak tunggu hujan reda.

So ambik le nasi campur, makan le dgn my wife. So makan je le. Dah makan apa lagi nak bayar le. Berapa ya kak. Dengan muka selamba dia kira tanpa rasa bersalah " Semua Sekali RM 16.70".  Amboi hampir tersembur hamba mendengar harga tu. Makan dua orang je, air pun order air biasa bukan air buah pun. lauk dua dua ikan jaket je.

Moral of the story jgn ingat restoran biasa harga dia satu bintang je ,tapi harga hampir setanding dgn restoran yg berbintang bintang. Pehhhhhh memang terasa kena bayar harga cam tu.


Saya sebenranya lebih terpanggil untuk berkongsi perasaan kecewa dgn harga barang naik ni terutama orang yg berpendapatan rendah. Di bawah ni saya tunjukkan beberapa keperluan yg biasa di kota baik di kg.


1) Bil eletrik _Rm 30-100 (Bergantung kepada penggunaan)
2) Bil Air - RM 10-50(Bergantung kepada penggunaan)
3) Bil Asto -RM 38-89 (Bergantung kepada penggunaan)
4) Bil handphone (Post Paid/Prepaid) RM 40-100 (Bergantung kepada penggunaan)
5) Bil Internet (Post Paid/Prepaid) RM 40 -100 (Bergantung kepada penggunaan)

Saya ambik yg basic need je, belum masuk duit kereta, rumah , sekolah anak dan sebagainya. Tujuan saya menulis berkenaan perkara ini utk mengingatkan golongan peniaga dan pemborong jgn asyik fikir untung je, fikirle keuntungan yg munasabah.

Ada orang bagitau ala internet, astro tu kita tak ada pun tak apa, wah senang le cakap, kita ni manusia kena juga mengetahui perkembangan semasa. Takde astro maksudnya gambar tak clear le, takde internet nak buat perbankan online pun payah le. Cakap senang le, ini keperluan bukannya benda mewah.

Saya harap kita semua dapat le berjimat cermat sekarang ni , bukan apa risau kalau takde tabungan nanti kalau terdesak mana nak cari.

Hope kita semua fikir rasional kalau membeli dan berbelanja, zaman semakin mencabar dan masalah sosial semakin hebat berikutan kos sara hidup yang tinggi.

Salam , sayonara dan nyeh nyeh nyeh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...