Friday, February 4, 2011

Tension, boring, tekanan, menyampah, geram dan sewaktu dengannya

Tension, boring, tekanan, menyampah, geram dan sewaktu dengannya

Emmm bangun pagi je bermula le opera hidup bermula. Bagi student kelas dah nak masuk assignment tak siap lagi, mesti kena bambu dgn lecturer. Yg bekerja pulak , ah sudah apa lagi le boss suruh buat hari ni, semalam pun tak habis. Yang berniaga pulak adoiii harap2 harini customer ramai atau ada dapat payment.

Jadi topic ni iaitu tension, boring, tekanan, menyampah, geram dan sewaktu dengannya saya kupas melalui kacamata saya pasal saya pakai kacamata . He he  he

Saya ingin berkongsi dgn pembaca semua sbnrnya masalah ni kalau kita fikir takkan habis, trust me. Life is full of unforeseen circumstances , so kena le ready apa je berlaku dlm life kita. Cuba baca suratkhabar kebelakangan ni berapa ramai yg putus asa dgn hidup buat pelik2 sprt nak suicide dan mcm2 lagi.

Astagfhirullahhalazim, bawak bawak le bertenang, Hidup ni kan mcm2 dugaan. Kita kdg2 tak terlepas dari buat kesilapan saya pun tak terlepas dari kesilapan jadi sama sama le kita bangkit dari kesilapan yg kita buat. Tekanan hidup ni mmg susah nak di kawal terutama berkaitan dgn faktor seperti kewangan dan keluarga. Saya tak mau nasihat lebih2 because everybody have their own way to solve their problem.

Just to share to all, i have my own way to release tense,  bila byk tekanan i will play ping pong. For me  release bila dgr bunyi ping, pong, kelatak, keletuk bila bola ping pong melantun kat meja. Lepas tu bila dpt buat smash pehhhhhh memang lega . Ha ha haha kalau tak caya try ketuk bola ping pong dgn bat, lepas tu u imagine apa yg u marah lepas tu lepaskan geram tu kat bola , tapi awas jgn pulak terlepas bat tu naya je kat opponent. Satu lagi i suka dgr lagu Insyallah by Maher Zain, emmm rasa rileks dan syahdu dgr lagu ni. So next issue i akan explain further ttg cara2 nak release tekanan.

Pelajar Malaysia ditempatkan di pusat transit Madinatul Hujaj


2011/02/05

JEDDAH: Sebuah bilik gerakan dibuka di pusat transit Madinatul Hujaj di sini yang menempatkan pelajar Malaysia yang dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir yang sedang bergolak.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid, berkata pusat transit itu mampu menempatkan 3,000 orang pada satu-satu masa.
Katanya, setakat ini lebih 300 pelajar telah pun tiba di sini dan jumlah itu akan bertambah berikutan beberapa lagi penerbangan MAS, AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka tiba lewat hari ini.
Mohd Hidayat berkata, ibu bapa pelajar yang dipindahkan ke pusat transit itu boleh menghubungi bilik gerakan di talian 009-6626-301678 atau 009-6626-726191 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya, sekiranya keadaan memerlukan, pelajar juga akan ditempatkan di Maktab Tabung Haji di sini.

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang tentang kebajikan anak mereka ketika berada di pusat transit berkenaan.

Seorang pelajar yang ditemui di pusat berkenaan, Eizat Rejab, 20, berkata bahawa mereka berkumpul di Rumah Negeri Perlis di Kaherah sebelum dibawa oleh pegawai kedutaan Malaysia ke lapangan terbang Kaherah.
Beliau berkata, kumpulan pertama pelajar yang dibawa masuk adalah dari Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan di mana majoritinya adalah wanita.

"Kumpulan kedua pula difahamkan terdiri daripada pelajar dari Selangor dan Sarawak," katanya yang juga penuntut Pengajian Syariah Islami Universiti Al-Azhar Kaherah.

Mohd Ainur Rabbani, 19, penuntut Pengajian Usul Fiqh di Universiti Jordan, berkata beliau yang berada di Mesir untuk bercuti pada mulanya tidak begitu yakin akan dapat keluar dari Kaherah.

Bagaimanapun, beliau yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, merasa lega dengan tindakan kerajaan Malaysia membawa beliau dan rakan-rakan keluar dari negara itu. - BERNAMA

Tuesday, February 1, 2011

Selasa, 1 Februari 2011 My Metro -Purata rakyat Malaysia baca dua buku setahun

Oleh Ruhaiza Rusmin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PERSAINGAN...terlalu banyak persaingan bahan penerbitan picisan di pasaran menyebabkan bahan bacaan ilmiah lesu dan terpinggir.

PERSAINGAN...terlalu banyak persaingan bahan penerbitan picisan di pasaran menyebabkan bahan bacaan ilmiah lesu dan terpinggir.
USAHA melestarikan kecemerlangan sektor pendidikan negara bukan hanya memerlukan kewibawaan dalam melahirkan golongan bijak pandai malah merangkumi kepelbagaian aspek lain.
Ukuran pencapaian bukan saja diukur melalui kejayaan mengeluarkan pensyarah atau graduan berstatus cemerlang, malah dinilai melalui aspek penghasilan bahan bacaan ilmiah.

Sayangnya, penghasilan bahan bacaan ilmiah yang dianggap tulang belakang dalam proses pembudayaan ilmu itu masih gagal menepati cita rasa masyarakat yang lebih selesa dengan bahan bacaan ringan serta dianggap mampu merehatkan minda.

BANYAK MAKLUMAT...buku bacaan ilmiah mampu melestarikan proses penjanaan ilmu menjadi lebih kritis dan profesional.
 
Ini sekali gus bagai membenarkan tanggapan bahawa bahan bacaan ini memang tidak mampu dikomersialkan, namun dihasilkan bagi memenuhi tanggungjawab golongan tertentu semata-mata.


Persoalannya, mengapakah sukar menembusi minat masyarakat dan warga institusi pengajian tinggi, walhal kandungannya cukup lengkap untuk memenuhi keperluan kepentingan wacana pengembangan ilmu berteraskan pendidikan sepanjang hayat.

Pakar psikologi kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Sulaiman Selamat berkata, kecenderungan mahasiswa dan generasi muda memilih bahan bacaan ringan kerana terdedah dengan budaya generasi baru yang dilahirkan dalam persekitaran mudah, mewah, pantas dan selesa.
Menurutnya, budaya ini menjadikan mereka generasi malas berfikir, kurang berilmu dan hanya memberi fokus pada pendidikan berorentasikan akademik dan peperiksaan semata-mata.

"Inilah timbal balas daripada arus kemodenan dan peralihan zaman yang memperlihatkan semua aspek hanya ditangani secara mudah dan tanpa inisiatif. Hasilnya, banyak perlu dikorbankan termasuk ilmu pengetahuan.

"Budaya membaca di kalangan masyarakat sangat rendah. Bayangkan, jika membaca bahan berbentuk ringan pun tiada minat, bagaimana pula bahan ilmiah?
"Senario ini membimbangkan, apatah lagi sebahagian besarnya adalah golongan muda yang tentunya terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika kurang membaca, apakah lagi aspek yang boleh dijadikan taruhan?" katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.

Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).

"Dari situ, kita dapat melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap aktiviti membaca. Jadi bagaimana ingin melonjakkan diri menjadi masyarakat berilmu jika aktiviti mudah ini sukar dilaksanakan?" katanya.

Pengarah Penerbit UTM Press, Profesor Hishamuddin Jamaluddin berkata, bahan bacaan ilmiah bukanlah menjadi kegemaran kerana fokus utama yang disasarkan lebih menjurus kepada keperluan pemprosesan ilmu berbentuk serius dan terhad.

Secara amnya, mereka lebih menggemari bahan berbentuk ringan dan santai kerana proses pemahaman maklumat menjadi lebih mudah, selain tidak memerlukan ketelitian mendalam bagi memahami fakta.

"Tidak hairanlah, bahan ilmiah sukar menembusi permintaan pasaran berbanding bahan bacaan lain kerana 'sifatnya' yang sangat serius, padat serta banyak membabitkan fakta saintifik.

"Jika diberi pilihan, ramai menolak bahan bacaan ilmiah kerana tidak mahu membebankan otak dengan penjanaan maklumat sangat kompleks. Namun tidak boleh salahkan mereka kerana pilihan di tangan individu.
"Cuma menyedihkan bahan ini seperti terpinggir jika dibandingkan dengan bahan lain berbentuk picisan. Bahan bacaan ilmiah cukup menguji kemampuan intelek seseorang selain menaikkan prestij pengetahuan ke tahap lebih baik," katanya.

Lambakan bahan ilmiah di pasaran kian membimbangkan golongan intelektual kerana bukan saja permintaan berkurangan malah merencatkan industri penulisan subjek kritikal kerana tumpuan lebih diberikan kepada bahan bacaan yang mampu menjana pulangan lumayan.

Dengan kata lain, bahan ilmiah sukar dikomersialkan, sekali gus menghadapi masalah lambakan di pasaran mahupun pengeluaran terhad kerana permintaan yang sedikit.

Suatu ketika, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1,000 hingga 3,000 naskhah saja berbanding 3,000 hingga 5,000 naskhah pada era 80-an.

Mengulas mengenai kelesuan minat dan permintaan, beliau mengakui tiadanya daya tarikan terhadap kandungan mahupun cara susun atur selain penggunaan bahasa Inggeris sebagai antara faktor penyumbang terbesar.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu sukar dielak kerana penghasilan bahan bercetak berkenaan dibuat atas sasaran membudayakan peningkatan ilmu secara profesional, berilmiah dan fokus.

"Buku ilmiah memang membosankan, terlalu profesional dan korporat. Namun, itulah identitinya serta sukar dielak kerana tujuan ia diterbitkan untuk membudaya wacana ilmu serta meningkatkan daya intelek individu.

"Bagaimana boleh dikatakan ilmiah jika penyampaiannya dilakukan secara santai? Itu tidak akan mencapai matlamat penulisannya selain akan memporak-perandakan proses pengembangan ilmu yang berpaksikan fakta serta penyelidikan.

"Mesti ada perbezaan, cuma kehendak masyarakat suka kepada buku berbentuk ringan mengehadkan penjualan dan permintaan biarpun susun aturnya menarik," katanya.

"Budaya masyarakat tempatan yang sukar membaca menjadikan bahan ilmiah semakin terpinggir, ditambah pula tanggapan hanya untuk golongan 'pandai'. Kebanyakannya pula dalam bahasa Inggeris.

"Masyarakat menjadikannya alasan untuk menolak sedangkan kini banyak bahan diterjemahkan ke bahasa Melayu. Hakikatnya, kita belum terbuka berbanding masyarakat antarabangsa yang sentiasa teruja dan terdedah dengan pelbagai bahan bacaan berat.

"Namun, mengatakan kita langsung tidak suka, itu tidak benar tetapi jumlahnya kecil," katanya.

Katanya, bahan ilmiah berkaitan pertanian, landskap dan reka cipta dan perubatan sentiasa dicari.

"Mungkin kerana mudah difahami, bergambar atau lama di pasaran menjadikannya diterima dalam lingkungan masyarakat termasuk sebagai bahan rujukan.

"Usaha lebih padu perlu dilakukan bagi menjadikan bahan ilmiah diterima selain mendidik masyarakat jangan terlalu taksub pada bahan picisan," katanya.



>INFO
> PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

> KINI kebanyakan institusi pengajian tinggi awam mempunyai bahagian penerbitannya sendiri selaras usaha memperkaya dan memperbanyakkan lagi penerbitan bahan berbentuk ilmiah kepada masyarakat.

Antaranya Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Sumber My Metro 1 Februari 2011


p.s/ Mohon komen dari pengunjung blog untuk membincangkan mengapa hal ini berlaku.
       Tq Nyeh Nyeh Nyeh



Ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ni .pening2

Ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ni .pening2 . Selalu kita di himpit perasaan syak wasangka ni. Saya gelar perasaan ni namanya sikap 50/50. Sebagai contoh tak merujuk kepada sesiapa kalau kita nak buat sesuatu selalu kita rasa akan gagal walaupun belum bermula. I think that a lot of people ada pengalaman ttg masalah ni.

Sememangnya masalah 50/50 ni selalu menganggu bila kita berazam nak mencapai sesuatu. Untuk orang yang selalu give up i have a small piece of advice , setiap usaha mestilah diringi doa dan tawakal. Dengar kata hati fikir dgn tenang buat keputusan dan bertindak .

Just utk berkongsi pengalaman i have a few quote to share kepada semua. Genious people they have limit in terms of showing their genius, but stupidity they are no limit. Jadi bila buat sesuatu kena yakin dan mesti stand firm dgn decision tu. Nanti orang kata kita ni x de pendirian.

Apa yg saya cerita ni maksudnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. So i hope ramai dpt tangkap maksud saya ni. I only ordinary people with extraordinary advice.

So see u next time. Salam dan Nyeh Nyeh Nyeh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...