Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Cakap Siang Pandang Pandang Cakap Malam Dengar Dengar ( Siri 1)

Cakap Siang Pandang Pandang Cakap Malam Dengar Dengar Siri 1)
teaching children respectteaching children respect











Apa yg saya maksudkan disini ialah kalau kita bercakap tu cover cover le sikit. kadang kadang kita bukan nak mengumpat je tapi mengeluh le dgn perangai kawan ke sedara ke sapa ke. Sebabnya kadang kdang tanpa kita sedar bila kita cakap tu kadang kadang dia terdengar atau orang lain dengar dan sampaikan dia. Dah tak pasal pasal bermasam muka.  Ish Ish ish tu namanya cari pasal.

Cam ni le, kadang kadang meluahkan perasaan tu ok, maklumle kita ni manusia bukan robot . Tapi cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar. Ok kalau tak percaya cuba renungkan apa saya nak kata disini.

Di bawah ni ada beberapa situasi bila kita tgh rancak mengeluh atau senang kata tgh kutuk pasal hal seseorang:

1) Pernah tak anda sedang cerita tgh mengutuk seseorang tiba tiba handphone berbunyi dan panggilan tu datang dari orang yang kita kutuk tu,. He he macam tau je.
2) Bila kita tengah bercakap ttg orang yg kita tengah kutuk tiba tiba orang tu mucul dan terus menyapa kita lagi haru dia pulak terus duduk borak dgn kita. Ha ha ha
3) Bila kita tgh kutuk orang tiba tiba je ada orang datang cakap orang yg kita tgh kutuk tu nak jumpa, sudah suspen le jawabnya. Dia ni dengar ke apa aku cakap ni.
4) Bila kita tgh kutuk orang ni tiba tiba je bedebub kita terjatuh ke, terlanggar benda ke. Ha ha ha maksudnya tu doa dari orang teraniaya le tu.
5) Kita tengah kutuk seorang kat bilik air tiba tiba bila pintu bilik air tebuka orang yg kita tgh kutuk keluar, ha ha ha kan dah kantoi.


Situasi ni saya rasa ramai orang lalui termasuk saya , episod akan datang saya akan cerita pengalaman saya yg agak kelakar dan memalukan.

Salam, sayonara dan nyeh nyeh nyeh je

Wednesday, February 9, 2011

Harga Barang Asyik Yang Naik Untuk Kita Yang Naik ialah Naik Angin Je (Siri 2)

Harga Barang Asyik Yang Naik Untuk Kita Yang Naik ialah Naik Angin Je (Siri 2)
price hike cartoons, price hike cartoon, price hike picture, price hike pictures, price hike image, price hike images, price hike illustration, price hike illustrations
Sekali lagi saya ingin bercerita ttg kenaikan harga barang ni. Isu ni kenapa saya suka sangat sentuh ialah ttg camana peniaga kini mengelabui kita dgn mcm teknik pemasaran mereka. ada yg kata offer beli 1 dapat satu , potongan harga shingga 50% le. Macam macam dunia harini .

Kenaikan harga barang memang membebankan tambahan pula kini harga minyak di dunia kini sejeap naik sekejap ok . Tambahan pula isu yg berlaku di mesir dimana terusan suez memainkan peranan penting dalam laluan penghantaran minyak di seluruh dunia.

Jaga jaga le pembaca semua, peniaga peniaga yg rakus dok tunngu je ada isu semasa nanti ada le dia kata naik harga pasal tu le pasal ni le. Bayangkan le sekarang ni kalau order air suam pun kena 0.20 sen - 0.30 sen . Masuk toilet pun dah 0.20 sen-0.30 sen. Memang takde benda free dlm dunia ni , btul le ayat tu, cuma harap tak le naik mendadak semua tu.

Bila negara India kena banjir terutama kawasan pertanian yg banyak bawang, apa lagi bawang naim le harga, betul le tu, tapi sumber kan dari seluruh pelusuk dunia. Ada masa minyak tiba tiba tak ada, out of stock, ada masa gula pasir takde, out of stock. Bila muncul semula barang tu terus naik mendadak.

Kesian yg berpendapatan rendah dan sederhana, terasa kehidupan mereka dgn kenaikan harga barang semua ni. Tambahan pula hidup di kota semuanya kena berbayar. Sampai parking pun kena bayar,. Nasib nasib, semuanya kena bayar.

Saya harap dalam isu ni saya perlukan komen dari pembaca harap u boleh pos komen u di blog saya ni.

Sekian, salam dan nyeh nyeh nyeh


Monday, February 7, 2011

Ada Masanya Kita Dengar Cakap Orang Ada Masanya Kita Dengar Apa Hati Kita Kata

Ada Masanya Kita Dengar Cakap Orang Ada Masanya Kita Dengar Apa Hati Kita Kata

Dalam kehidupan ini kita paling risau dengan apa anggapan orang. Sebab itule ada peribahasa "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Kerana terlalu risau apa orang kata kita kadang-kadang bimbang kita akan dicemuh atau dikutuk. Sebenarnya memang kadang-kadang kita kena juga le dengar kata orang. Tapi bagi saya tengok tempatnya. Tak caya pergi beli barang samada baju ke kasut ke apa ke lepas tu mintak kawan u ke sedara ke komen. mesti kadang2 u akan down dgr kritikan mereka. Lagi haru kalau u pergi shopping dah berkenan dgn baju ke apa ke mintak orang komen, aduhh kdg2 pening nak dgr cakap orang ke nak ikut kata hati. Sebenarnya kalau komen tu membina takpe juga ini komen menghentam je. So jalan terbaik kalau dah buat apa pilihan kena le tetap pendirian dan jangan menyesal.
nasreddin hoca

So dibawah ini ada cerita tentang seorang ahli suffi dan anaknya:
Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk . Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai, si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".

Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian menyuruh anaknya turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".

Mendengar itu, si ayah dan si anak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di tunggang berdua."

Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini, ada keldai tetapi mereka berjalan".

Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?

Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada anaknya.

Jadi moral of the story hidup kita ni kalau dengar cakap orang memang kita akan  pening ini tak betul itu tak betul jadi apanya yang betul. Kita kan dilahirkan untuk jadi pemimpin so bila buat keputusan biarlah berdasarkan keyakinan diri bukan kerana dgr cakap orang. Ada masanya elok juga dengar nasihat orang kalau nasihat tu bagus. So pembaca sekelian fikirkanlah dengan tenang kalau nak buat sesuatu dalam hidup kita kerana hidup kita adalah hidup kita .


Salam , Sayonara dan Nyeh Nyeh Nyeh

Saturday, February 5, 2011

Rule No 1 " The Boss Is Always Right", Rule No 2, "If The Boss Is Wrong?

Rule No 1 " The Boss Is Always Right", Rule No 2, "If The Boss Is Wrong? So apa jawapannya.

Before i answer this. Mesti this topic akan controversy sikit. Ya lah mesti semua orang akan ckp boss pun manusia juga mesti buat silap. He he he, betul le tuj. But in working environment sometimes susah nak cakap. I also don;t want to comment further on that because i also have a boss.

Actually let me be clear to u all, actually as employee we must understand we need to obey instruction. So sama ada suka ke tidak we need to faham our situation. Yelah mana ada boss suka anak buah dia melawan, but hopefully boss yang ada anak buah dpt le bersikap profesional dan bertimbangrasa.

So memang ramai alami situasi tak ada chemistry dgn boss mereka. My advice cubalah sedaya upaya to work along with your boss for the sake of your career.


So berbalik Rule No 1" The Boss Is  Always Right", Rule No 2." If The Boss is Wrong, So the answer is like this, Rule No 1"The Boss Is Always Right, Rule No 2" If The Boss Is Wrong So Please Refer to Rule No 1"
After seeing this picture, what do you think about Rule # 1?
bossisright


He he he so u know what i mean, sabo jele wait for your turn to be a boss, kalau ada suggestion nak bagi kat boss  susun le ayat dgn elok2. This is just my personal view.


So Salam, Sayonara dan Nyeh Nyeh Nyeh

Friday, February 4, 2011

Kenapa kita paling benci gagal

Kenapa kita paling benci gagal

Gagal, kegagalan ni satu perkara yg paling kita takut dlm hidup kita. Gagal dlm peperiksaan, dlm pertandingan , dlm business dan rumahtangga. Cuba tanya diri sendiri kenapa kita gagal.

why we fail, sometime kita tak sedar bila orang dah start nak percaya kita dah susah nak menepati janji. Bila kita buat kerja, some people buat lebih kurang je.

Itu le tanda kegagalan awal dlm hidup seseorang. Sebenarnya kegagalan ini bukan le bermakna hidup u musnah, tapi hari mendatang, sebenarnya akan lebih baik sekiranya kita usaha.

Byk orang gagal tetapi lepas tu jadi orang berjaya. There are some people kata dia born to be a loser. Isyyyy mmg pendek akal betul. Mana ada orang yg lahir utk jadi seorang yg gagal.


Saya rasa ramai dari anda sering dicemuh kerana selalu gagal, sebenarnya anda boleh berjaya. Saya pun dulu berputus asa juga bila sering menemui kegagalan. Tapi bak kata kawan saya langit akan cerah juga akhirnya kalau kita usaha dgn fokus. Saya rasa dah berulang saya cakap ttg usaha.


Antara faktor kegagalan ialah kita sering dibayangi kegalan silam. Kdg2 kegagalan silam ni boleh dijadikan pengajaran tapi kalau asyik menagisi kegagalan lepas , apa faedahnya.

Lagi satu ada orang selalu marah2 mengamuk tak tentu hala, sampai orang x salah pun kena tempiasnya. Rileks le dah sendiri gagal buat apa salahkan orang lain. Selalu jadi benda ni

Saya dulu pernah merasa kegagalan yg sangat pahit sangat smpi sekarang terasa, rupanya kegagalan tu le yg telah mengubah hidup saya.
Totally my life change forever.

Di coretan akn dtg i will share to all how kita nak mengelak dari rasa frust akibat kegagalan.


Sayonara, adios dan nyeh nyeh nyeh

Kenape sesetengah orang senang je jalan dia yg kita ni susah je

Kenape sesetengah orang senang je jalan dia yg kita ni susah je

Selalu sangat saya dgr orang cakap pasal topic ni. Ada orang jalan nak menuju kejayaan mudah je. Ada orang memang berliku jalan yang dia kena lalui.

Sebenarnya ramai menangisi kesusahan dan kesedihan hidup dia. Actually for makluman semua, some people may born lucky. But sometimes lucky is not with u if u take for granted in anything u do. Kepada mereka yg sukar perjalanan hidupnya , trust me they are something big will happen to us yang akan mengubah nasib kita. Cuma kesabaran je ubat utk kejayaan, Tapi jgn le berpeluk tubuh je, bak kata pepatah usaha itu tangga kejayaan, pada saya pulak usaha itu lif kejayaan.  He he he
cepat sikit naik ke puncak kejayaan.

Emmm rilek le , mana ada orang berjaya terus ,mesti ada halangan yang diorang kena lalui. Ada student kata sir, halangan ni boleh buat saya give up. Memang le sape nak lalu jln berliku memang takde sape nak pun. Tapi kena le lalui juga for the sake of our future. Sbgi contoh player ping pong kalau dah bertahun tahun main tak improve improve juga mungkin ada sesuatu yg perlu u ubah. Samada cara main atau cara berlatih ke apa ke. Jgn le dah sampai setahun dua tahun tak berjaya diamkan diri,  pergile mintak pendapat pakar .


Yang bekerja kena sabar kalau nak naik pangkat, u kena go with the flow, i mean u must adapt with current changes in your organization. Manakala student u must understand assigment byk memang sakit kepala tapi lagi sakit kepala kalau fail paper tu. he he he mana u nak, siapkan assigment ke nak fail. The answer only u can decide.

So memang le ada orang yg celik celik je dah jadi anak orang senang, tapi tak semua orang bernasib baik begitu, ada orang asal orang susah tapi lepas tu takdir mengubah dia jadi orang senang. So pendek kata jgn menangisi nasib kita tapi usahalah dgn gigih.

Baca le buku ttg orang berjaya , mcm2 diorang lalui ada yg kena sisih masyarakat sebab miskin, lembap dlm pelajaran dan sebagainya.


So good luck to all , try your best and go for your goal. Your fortune may change forever.


Bye, sayonara, chao, adios and nyeh nyeh nyeh

Tension, boring, tekanan, menyampah, geram dan sewaktu dengannya

Tension, boring, tekanan, menyampah, geram dan sewaktu dengannya

Emmm bangun pagi je bermula le opera hidup bermula. Bagi student kelas dah nak masuk assignment tak siap lagi, mesti kena bambu dgn lecturer. Yg bekerja pulak , ah sudah apa lagi le boss suruh buat hari ni, semalam pun tak habis. Yang berniaga pulak adoiii harap2 harini customer ramai atau ada dapat payment.

Jadi topic ni iaitu tension, boring, tekanan, menyampah, geram dan sewaktu dengannya saya kupas melalui kacamata saya pasal saya pakai kacamata . He he  he

Saya ingin berkongsi dgn pembaca semua sbnrnya masalah ni kalau kita fikir takkan habis, trust me. Life is full of unforeseen circumstances , so kena le ready apa je berlaku dlm life kita. Cuba baca suratkhabar kebelakangan ni berapa ramai yg putus asa dgn hidup buat pelik2 sprt nak suicide dan mcm2 lagi.

Astagfhirullahhalazim, bawak bawak le bertenang, Hidup ni kan mcm2 dugaan. Kita kdg2 tak terlepas dari buat kesilapan saya pun tak terlepas dari kesilapan jadi sama sama le kita bangkit dari kesilapan yg kita buat. Tekanan hidup ni mmg susah nak di kawal terutama berkaitan dgn faktor seperti kewangan dan keluarga. Saya tak mau nasihat lebih2 because everybody have their own way to solve their problem.

Just to share to all, i have my own way to release tense,  bila byk tekanan i will play ping pong. For me  release bila dgr bunyi ping, pong, kelatak, keletuk bila bola ping pong melantun kat meja. Lepas tu bila dpt buat smash pehhhhhh memang lega . Ha ha haha kalau tak caya try ketuk bola ping pong dgn bat, lepas tu u imagine apa yg u marah lepas tu lepaskan geram tu kat bola , tapi awas jgn pulak terlepas bat tu naya je kat opponent. Satu lagi i suka dgr lagu Insyallah by Maher Zain, emmm rasa rileks dan syahdu dgr lagu ni. So next issue i akan explain further ttg cara2 nak release tekanan.

Tuesday, February 1, 2011

Selasa, 1 Februari 2011 My Metro -Purata rakyat Malaysia baca dua buku setahun

Oleh Ruhaiza Rusmin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PERSAINGAN...terlalu banyak persaingan bahan penerbitan picisan di pasaran menyebabkan bahan bacaan ilmiah lesu dan terpinggir.

PERSAINGAN...terlalu banyak persaingan bahan penerbitan picisan di pasaran menyebabkan bahan bacaan ilmiah lesu dan terpinggir.
USAHA melestarikan kecemerlangan sektor pendidikan negara bukan hanya memerlukan kewibawaan dalam melahirkan golongan bijak pandai malah merangkumi kepelbagaian aspek lain.
Ukuran pencapaian bukan saja diukur melalui kejayaan mengeluarkan pensyarah atau graduan berstatus cemerlang, malah dinilai melalui aspek penghasilan bahan bacaan ilmiah.

Sayangnya, penghasilan bahan bacaan ilmiah yang dianggap tulang belakang dalam proses pembudayaan ilmu itu masih gagal menepati cita rasa masyarakat yang lebih selesa dengan bahan bacaan ringan serta dianggap mampu merehatkan minda.

BANYAK MAKLUMAT...buku bacaan ilmiah mampu melestarikan proses penjanaan ilmu menjadi lebih kritis dan profesional.
 
Ini sekali gus bagai membenarkan tanggapan bahawa bahan bacaan ini memang tidak mampu dikomersialkan, namun dihasilkan bagi memenuhi tanggungjawab golongan tertentu semata-mata.


Persoalannya, mengapakah sukar menembusi minat masyarakat dan warga institusi pengajian tinggi, walhal kandungannya cukup lengkap untuk memenuhi keperluan kepentingan wacana pengembangan ilmu berteraskan pendidikan sepanjang hayat.

Pakar psikologi kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Sulaiman Selamat berkata, kecenderungan mahasiswa dan generasi muda memilih bahan bacaan ringan kerana terdedah dengan budaya generasi baru yang dilahirkan dalam persekitaran mudah, mewah, pantas dan selesa.
Menurutnya, budaya ini menjadikan mereka generasi malas berfikir, kurang berilmu dan hanya memberi fokus pada pendidikan berorentasikan akademik dan peperiksaan semata-mata.

"Inilah timbal balas daripada arus kemodenan dan peralihan zaman yang memperlihatkan semua aspek hanya ditangani secara mudah dan tanpa inisiatif. Hasilnya, banyak perlu dikorbankan termasuk ilmu pengetahuan.

"Budaya membaca di kalangan masyarakat sangat rendah. Bayangkan, jika membaca bahan berbentuk ringan pun tiada minat, bagaimana pula bahan ilmiah?
"Senario ini membimbangkan, apatah lagi sebahagian besarnya adalah golongan muda yang tentunya terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika kurang membaca, apakah lagi aspek yang boleh dijadikan taruhan?" katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.

Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).

"Dari situ, kita dapat melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap aktiviti membaca. Jadi bagaimana ingin melonjakkan diri menjadi masyarakat berilmu jika aktiviti mudah ini sukar dilaksanakan?" katanya.

Pengarah Penerbit UTM Press, Profesor Hishamuddin Jamaluddin berkata, bahan bacaan ilmiah bukanlah menjadi kegemaran kerana fokus utama yang disasarkan lebih menjurus kepada keperluan pemprosesan ilmu berbentuk serius dan terhad.

Secara amnya, mereka lebih menggemari bahan berbentuk ringan dan santai kerana proses pemahaman maklumat menjadi lebih mudah, selain tidak memerlukan ketelitian mendalam bagi memahami fakta.

"Tidak hairanlah, bahan ilmiah sukar menembusi permintaan pasaran berbanding bahan bacaan lain kerana 'sifatnya' yang sangat serius, padat serta banyak membabitkan fakta saintifik.

"Jika diberi pilihan, ramai menolak bahan bacaan ilmiah kerana tidak mahu membebankan otak dengan penjanaan maklumat sangat kompleks. Namun tidak boleh salahkan mereka kerana pilihan di tangan individu.
"Cuma menyedihkan bahan ini seperti terpinggir jika dibandingkan dengan bahan lain berbentuk picisan. Bahan bacaan ilmiah cukup menguji kemampuan intelek seseorang selain menaikkan prestij pengetahuan ke tahap lebih baik," katanya.

Lambakan bahan ilmiah di pasaran kian membimbangkan golongan intelektual kerana bukan saja permintaan berkurangan malah merencatkan industri penulisan subjek kritikal kerana tumpuan lebih diberikan kepada bahan bacaan yang mampu menjana pulangan lumayan.

Dengan kata lain, bahan ilmiah sukar dikomersialkan, sekali gus menghadapi masalah lambakan di pasaran mahupun pengeluaran terhad kerana permintaan yang sedikit.

Suatu ketika, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1,000 hingga 3,000 naskhah saja berbanding 3,000 hingga 5,000 naskhah pada era 80-an.

Mengulas mengenai kelesuan minat dan permintaan, beliau mengakui tiadanya daya tarikan terhadap kandungan mahupun cara susun atur selain penggunaan bahasa Inggeris sebagai antara faktor penyumbang terbesar.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu sukar dielak kerana penghasilan bahan bercetak berkenaan dibuat atas sasaran membudayakan peningkatan ilmu secara profesional, berilmiah dan fokus.

"Buku ilmiah memang membosankan, terlalu profesional dan korporat. Namun, itulah identitinya serta sukar dielak kerana tujuan ia diterbitkan untuk membudaya wacana ilmu serta meningkatkan daya intelek individu.

"Bagaimana boleh dikatakan ilmiah jika penyampaiannya dilakukan secara santai? Itu tidak akan mencapai matlamat penulisannya selain akan memporak-perandakan proses pengembangan ilmu yang berpaksikan fakta serta penyelidikan.

"Mesti ada perbezaan, cuma kehendak masyarakat suka kepada buku berbentuk ringan mengehadkan penjualan dan permintaan biarpun susun aturnya menarik," katanya.

"Budaya masyarakat tempatan yang sukar membaca menjadikan bahan ilmiah semakin terpinggir, ditambah pula tanggapan hanya untuk golongan 'pandai'. Kebanyakannya pula dalam bahasa Inggeris.

"Masyarakat menjadikannya alasan untuk menolak sedangkan kini banyak bahan diterjemahkan ke bahasa Melayu. Hakikatnya, kita belum terbuka berbanding masyarakat antarabangsa yang sentiasa teruja dan terdedah dengan pelbagai bahan bacaan berat.

"Namun, mengatakan kita langsung tidak suka, itu tidak benar tetapi jumlahnya kecil," katanya.

Katanya, bahan ilmiah berkaitan pertanian, landskap dan reka cipta dan perubatan sentiasa dicari.

"Mungkin kerana mudah difahami, bergambar atau lama di pasaran menjadikannya diterima dalam lingkungan masyarakat termasuk sebagai bahan rujukan.

"Usaha lebih padu perlu dilakukan bagi menjadikan bahan ilmiah diterima selain mendidik masyarakat jangan terlalu taksub pada bahan picisan," katanya.



>INFO
> PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

> KINI kebanyakan institusi pengajian tinggi awam mempunyai bahagian penerbitannya sendiri selaras usaha memperkaya dan memperbanyakkan lagi penerbitan bahan berbentuk ilmiah kepada masyarakat.

Antaranya Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Sumber My Metro 1 Februari 2011


p.s/ Mohon komen dari pengunjung blog untuk membincangkan mengapa hal ini berlaku.
       Tq Nyeh Nyeh Nyeh



Ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ni .pening2

Ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ishhh boleh ke tidak ni isshhh boleh ke tidak ni .pening2 . Selalu kita di himpit perasaan syak wasangka ni. Saya gelar perasaan ni namanya sikap 50/50. Sebagai contoh tak merujuk kepada sesiapa kalau kita nak buat sesuatu selalu kita rasa akan gagal walaupun belum bermula. I think that a lot of people ada pengalaman ttg masalah ni.

Sememangnya masalah 50/50 ni selalu menganggu bila kita berazam nak mencapai sesuatu. Untuk orang yang selalu give up i have a small piece of advice , setiap usaha mestilah diringi doa dan tawakal. Dengar kata hati fikir dgn tenang buat keputusan dan bertindak .

Just utk berkongsi pengalaman i have a few quote to share kepada semua. Genious people they have limit in terms of showing their genius, but stupidity they are no limit. Jadi bila buat sesuatu kena yakin dan mesti stand firm dgn decision tu. Nanti orang kata kita ni x de pendirian.

Apa yg saya cerita ni maksudnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. So i hope ramai dpt tangkap maksud saya ni. I only ordinary people with extraordinary advice.

So see u next time. Salam dan Nyeh Nyeh Nyeh

Monday, January 31, 2011

Pilihan Tak Banyak Dalam Hidup Atau Hidup Ini Bukan Pilihan

Ramai orang kata dia tak banyak pilihan dalam hidup. Emmm dulu pun saya cakap macam tu. Actually life is difficult , and sometimes its cruel toward us. Dulu mmg saya selalu cakap life ni tak banyak pilihan. Hingga le one day tu my ex boss masa kerja kat suk selangor bagitau , actually sebenarnya bukan tak banyak pilihan dlm hidup tapi adakah hidup ini satu pilihan.

Betul jugak cakap boss saya ni. So kita kena le percaya qadha dan qadar dan mesti ada hikmah disebalik sesuatu musibah dan kesulitan hidup yang kita tgh lalui dan alami.

He he he ada sikit unsur nasihat imam muda walaupun saya tak semuda mana. Jadi perlahan lahan saya akan explain how you can change your life evolve from a normal guy to ambitious guy. I suggest u all must bercita cita tinggi, ada orang kata tak bagus pasal nanti tak berjaya jadi frust. Actually bagus juga kita berusaha tinggi sekurang kurangnya kita akan cuba kerja kuat dan fokus.Kalau matlamat terlalu rendah maka usaha pun sikit je lah. So set your goal high, but at the same time usaha kena kuat. Bak kata pepatah 'usaha itu tangga kejayaan', but for me "usaha itu lif kejayaan" he he cepat sikit berjaya

Bebalik pada kehidupan , di negara kita kalau anda memilih satu kerjaya yang agak pelik orang mendengar , mereka mesti kata ada masa depan ke. Ha sekarang ni kerja kerja seperti animator dan pelbagai lagi telah berjaya dan pehhhh mmg meletop bayaran mereka dapat. Sebab tu saya percaya sebenarnya byk lagi kita boleh ceburi dalam dunia pekerjaan dan perniagaan.

Dunia ni luas ada berjuta cara utk kita buat. Trust me if u go to internet, there is a lot of career and business that really rarely di negara kita orang nak ceburi.  So pesanan saya nyeh nyeh nyeh je le. hope u all can be a success person
So enjoy this video . Hope u understand the Modern Laws of Global Life - Law of Success>:)Nyeh Nyeh Nyeh

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...